Monday 24 September 2012

Koleksi...


Masjid UTHM Batu Pahat....

Masjid merupakan rumah ALLAH yang sangat aku kagumi...malah aku selalu berkeinginan untuk pergi melawatinya...walaupun untuk seketika waktu..
snap gambar juga merupakan salah satu kerja yang sangat aku sukai...disamping itu aku boleh memikirkan begitu indah kejadian ALLAH dimuka bumi ini...tanpa Masjid..hilangla seri keindahannya...










Perpustakaan UTHM Batu Pahat....

Perpustakaan ini juga merupakan tempat yang sangat aku kagumi...disamping boleh menimba ilmu pengetahua serta menggunakan nikmat kemudahan yang sedia ada dengan sebaiknya...

Thursday 20 September 2012

perempuan vs muslimah=)


sekadar perkongsian~

perempuan vs muslimah=)

PEREMPUAN...
Apabila teruna memerhatikan dikau,
kau membalas renungan matanya..
Apabila teruna mendekatimu selangkah,
kau datang berpuluh langkah..
Apabila teruna memujuk rayumu,
kau lemah dalam pangkuannya..
Apabila teruna memberi harapan,
kau hanyut dalam angan khayalan..


MUSLIMAH...
Apabila teruna memandang dikau,
kau tunduk mengelak panah syaitan..
Apabila teruna mendekati selangkah,
kau undur beribu langkah..
Apabila teruna memujuk rayu,
kau anggap itulah kalimah iblis syaitan..
Apabila teruna menutur harapan indah,
kau yakin janjiNya lebih bahagia di sana..
Kerna kau mengerti dan menyedari,
akan erti maruah peribadi sejati,
yang diselaputi iman yang hakiki,
yang tak mudah tunduk pada sang lelaki.

Siapakah anda? Perempuan atau Muslimah?=)

sungguh tiada paksaan dalam islam,tp memberi peringatan itu penting dan wajib=)..
dan amat beruntunglah orang yg mensucikan jiwanya.

seperti yg tercatat dalam kalam suciNya:surah asy-syams ayt 9-10.
"9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. "

selamat beramal~


Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul

cerita cinta tentang Qani'ah dan Dr.Muslih..Qani'ah seorg muslimah yg amat menjaga dirinya dan juga dr.Muslih,MasyaAllah..muslimin yg punyai peribadi yg mantop! sarat dengan peringatan dari Quran dan Hadith...insyaAllah,mga menghayati novel ini dan ambil pemgajarannya,insyaAllah...

Wednesday 19 September 2012

H.A.T.I



dengan namaMU yang maha pemurah lagi maha penyayang...
engkau sahaja yang maha membolak balikkan hati kami..
engkau sahaja yang maha mengetahui segala isi hati hambaMU ini...

Jika kita sayangkan si dia, biarlah Allah yang menjaganya sebelum dia halal untuk kita. Cintainya dalam diam pun tidak mengapa kerana Allah tahu apa yang perlu DIA buat untuk mendekatkan kita dan si dia, cukuplah kita dan dia saling mendoakan dari jauh. Allah tidak akan sia-siakan
cinta hamba-hambaNYA yang jatuh cinta tetapi dapat BERSABAR kerana belum waktunya.....(^_^)