Thursday 21 November 2013

Tanda Syukur

Assalammualaikum...dan selamat pagi..Hari tetap setia bermula segar dengan sinar fajar yang seolah berjanji pada alam, adanya seribu satu kejadian di bawah satu kuasa yakni yang Maha Esa.
Aku dengan sebuah kesyukuran bangkit dari tempat tidur, gembira tapi malas dan mungkin juga bosan kerana rutin hari-hariku bermula lagi. Namun doa tetapku panjat sebagai janji, bahawa aku akan terus bersyukur kerana diberikan ruang dan peluang untuk menghirup lagi udara segar buat ke sekian kalinya.
Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam, Amin....
Alhamdulillah...bersyukur pada ALLAH..kerna...di kala berlaku kesulitan pada orang lain...aku berbuat kebaikan padanya...bilamana aku sendiri ditimpa kesulitan...ALLAH jua lah yang hadirkan orang tu, yang pernah aku berikan kebaikan padanya,sudi datang membantu...

kita xboleh juga nak sangka...orang yang baik dimata kita...dia sanggup lakukan apa sahaja demi kita...
dan...pada hakikatnya...siapa saja boleh melakukan kesilapan dalam segala hal...boleh jadi orang yang datang membantu kita adalah orang yang sama..dan boleh jadi juga sebaliknya...
dengan penuh pengharapan...SYUKUR YA ALLAH...so sad :'(

No comments:

Post a Comment